Sunday 8 March 2015

Daun Kari

Daun kari digunakan sebagai rempah dalam masakan bagi membangkitlah lagi aroma masakan, Daun kari digunakan didalam masakan seperti asam pedas, sambal, kuih muruku dan kuih siput. Daun kari ini atau nama saintifiknya Murraya Koenigli merupakan jenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Pokok kari hidup subur dikawasan beriklim tropika dan jenis pokok yang tahan lasak yang mampu membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak pokok yang tumbuh melalui akar. Daun kari juga boleh digunakan untuk penawar cirit birit dan buasir. Daun kari juga mempunyai khasiat dari segi perubatan yang lainnya. 

Pokok Kari tahan lasak dan mudah untuk ditanam

Daun kari digunakan dalam masakan

Bunga Kantan

Bunga kantan atau nama saitifik Etlingera elatior dikenali didalam masakan terutamanya di asia, dengan pelbagai aneka juadah dapat dilakukan menggunakan Bunga kantan ini. Warna yang menarik dengan gabungan warna merah pekat, merah jambu dan garis-garis kuning membuatkan bunga kantan ini juga digunakan didalam dekorasi laman. Torch ginger ini mempunyai aroma bau yang kuat dan mempunyai antioksidan dan antibakteria yang tinggi.  

Bunga kantan yang telah kembang

Kudup bunga kantan digunakan didalam masakan

Thursday 8 January 2015

Chital / Axis Axis

Chital mempunyai ketinggian aras bahunya antara 0.6-1m, panjang badan sekitar 1.5m dan berat badan antara 75-100kg. Chital didapati di India dan Sri Lanka. Betina matang pada umur 14-17 bulan. Purata jangka hayat adalah di antara 12-25 tahun. Jangkamasa mengandung adalah sekitar 7.5 bulan dan melahirkan seekor sehingga tiga ekor anak. Terdapat barisan bintik-bintik putih semasa anak dilahirkan dan mengekalkan bintik tersebut sepanjang hayat. Makanan terdiri daripada bahan  tumbuhan seperti rumput, bunga dan buah-buahan. Chital hidup di kawasan rumput dan hutan persisiran sungai, ia berehat pada waktu siang dan mencari makan pada waktu malam.

Kuda Mini / Miniature Horse / Equus Ferus Caballus

Kuda Mini adalah kuda terkecil di dunia ( bukan anak kuda) dan telah lahir dari Eropah pada 1600. Penetapan kuda kecil adalah ditentukan oleh ketinggianya yang biasanya kurang daripada 34-38 inci (86-97cm) yang diukur pada rambut terakhir dibahagian belakang. Rumput dan bijirin adalah makanan semulajadi kuda kecil. jangka hayat purata kuda kecil adalah 25-35 tahun dan adalah lebih panjang daripada baka kuda biasa. Kekerdilan adalah satu kebimbingan dalam kuda kecil. Kuda kerdil tidak dianggap mempunyai ciri-ciri yang diingini dan mempunyai isu-isu kesihatan dan kekukuhan.

Monyet Tupai / Squirrel Monkey / Saimiri

Salah satu daripada haiwan terkecil dalam kumpulan primat. Monyet tupai adalah haiwan omnivor. Makanan utamanya adalah buah-buahan, serangga dan kacang. Monyet tupai mempunyai penglihatan yang sangat baik dan mereka dapat membezakan warna.

Sumber : Lok Kawi Wildlife Park

Wednesday 7 January 2015

Lembu Ankoli/ Ankole Cattle / Bos Taurus Taurus Ankole

Lembu ankoli adalah spesis lembu yang berasal daripada Afrika, terkenal dengan kemegahan tanduknya yang boleh mencapai kepanjangan sehingga 2.4m (8 kaki). Lembu Ankoli ini juga dikenali sebagai Lembu Watusi iaitu salah satu nama kaum Afrika yang menternak lembu ini. Lembu Ankoli adalah baka lembu domestik yang dibiarkan dianggap liar. Lembu jantan mempunyai tanduk yang lebih pendik yang menghala ke hadapan dan berbadan besar dan sasa berbanding lembu betina. Lembu Ankoli menghabiskan masa sepanjang hari meragut dengan diiringi kawanan lembu yang lain. Pada waktu malam mereka akan dimasukankan kedalam kandang untuk mengelakkan daripada serangan singa. Lembu Ankoli melahirkan seekor anak selepas tempoh bunting selma 280 hari. ia akan mencapai tahap kematangan seksual pada umur 2-2.5 tahun dan mampu hidup selama 20 tahun. makanan utama lembu ankoli ialah rumpur dan mampu mencapai berat badan antara 200-360kg. ia mampu hidup walaupun didalam keadaan iklim yang melampau antara suhu 0C-48C/ Tanduknya yang besar berperanan seperti radiator, darah yang mengallir ke bahagian tanduk akan disejukkan dan kemudianya dialirkan semula ke seluruh badan. cara ini diguakan untuk mengurangkan suhu badan. lembu Ankoli mampu berlari dan melompat dengan penuh tenaga. Dibahagian lain di dunia, lembu biasanya diternak untuk produk susu dan daging tetapi Lembu Ankoli diternak disebabkan oleh penampilan esotiknya.


Tembadau/ Banteng / Bos Javanicus

Tembadau yang juga dikenali sebagai Banteng merupakan mamalia kedua terbesar di Sabah. Tembadau jantan boleh mencapai ketinggian paras bahu sehingga 1.2-1.7m dan berat sehingga 400kg. Selain di Malaysia, ia juga terdapat di Burma, Thailand, Indochina dan Jawa. Betina matang pada usia 2-3 tahun. Purata jangka hayat adalah sekitar 20 tahun. Jangkamasa mengandung adalah diantara 9-9setengah bulan. Anak dibawah jagaan induknya adalah sekitar 6-9 bulan. Makananya terdiri daripada herba dan tumbuhan berkayu. Di hutan Ia hidup dalam kumpulan yang mempunyai bilangan 8-10 ekor yang terdiri daripada seekor jantan dewasa, beberpa betina dewasa dan anak-anak. Tembadau jantan lain hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Aktif di waktu malam dan hidup di hutan dipterokap tanah pamah, paya dan pantai.



Sumber : Lok Kawi Wildlife Park

Kijang / Red Muntjac / Muntiacus Muntjak

Kijang boleh mencapai ketinggian aras bahunya lebih 50cm, ukuran panjang badan daripada 98-111cm dan berat badan sehingga 15-35kg. Ia terdapat di malaysia, Sri Lanka, India, Selatan China, Taiwan dan Indonesia. Kijang matang pada umur 6-12 bulan. purata jangka hayat adalah sekitar 14 tahun. Tempoh mengandung adalah sekitar 6 bulan di mana seekor sahaja anak dilahirkan. Terdapat barisan bintik-bintik putih di sebelah sisi yang akhirnya akan hilang. Penjagaan ibu berakhir pada umur 2-3 bulan. Makanan Kijang terdiri daripada herba, dedaun, buah-buahan dan biji-bijian. Kijang aktif pada waktu siang, biasanya bersendirian tetapi berpasangan, apabila musim mengawan. ia biasa dijumpai di hutan tinggi dan sekunder.

Sumber : Lok Kawi Wildlife Park

Gajah Asia / Elephas Maximus

Gajah Asia adalah mamalia daratan yang terbesar di Asia. ia boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 2-2.5m, dan berat sehingga 5,400kg. Selain di Malaysia, Gajah Asia juga didapati di negara-negara seperti Thailand, India, Sri Langka, Burma, Indonesia, China, Laos, Cambodia, Nepal, Bangladesh dan Vietnam. Terdapat di antara 38,000-51,000 Gajah Asia di dunia yang mana 16,000 adalah peliharaan. Gajah betina matang pada umur 9-15 tahun manakala gajah jantan akan matang pada umur 15 tahun. jangka hayat Gajah Asia adalah 70 tahun. Gajah Asia tertua dikenali sebagai "Lim Wang" mati ketika mencapai umur 86 tahun di zoo Taipei, Taiwan pada tahun 2003. Tempoh bunting seekor Gajah Asia adalah di antara 18-22 bulan dan anak Gajah yang baru lahir adalah seberat kira-kira 100kg. anak gajah biasanya diasuh oleh ibu selama 2-3 tahun. Selang masa di antara kelahiran anak adalah 3-5 tahun dan boleh melahirkan anak sehingga umur 50 tahun.



Gajah Asia memakan sehingga 10% daripada berat badanya. Gajah dewasa boleh makan di antara 170-200kg dan maximum 80-200 liter air sehari. Makanan Gajah Asia terdiri daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun , akar, kulit kayu dan buah-buahan. mereka juga memerlukan mineral yang terdapat pada mata air garam. Di habitat semulajadi , Gajah yang mempunyai pertalian akan membentuk kumpulan dengan bimbingan antara 10-30 ekor. 

Orang utan / Pongo pygmaeus

Orang utan merupakan primat yang terbesar di Asia dan hanya terdapat di Kepulauan Borneo dan Sumatra. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5m dan berat sehingga 80kg. Di Sabah, populasi dalam habitat semulajadinya diangggarkan sebanyak 13,000 ekor. Betina matang pada umur sekitar 8 tahun dan jantan sekitar 15 tahun. Purata jangka hayat adalah sekitar 35 tahun. Jangkamasa mengandung adalah di antara 8-9 bulan dan berat anak yang baru lahir adalah sekitar 1.5kg. Anak akan berada dibawah jagaan ibu sehingga berumur 5-6 tahun. jangkamasa antara kelahiran anak adalah sekitar 5 tahun dan seekor orang utan betina boleh melahirkan 3-4 ekor anak sepanjang hayatnya. Makanannya terdiri daripada tumbuhan seperti buah, daun, pucuk, epifit dan adakalanya apabila kekurangan makanan ia mungkin memakan kulit kayu dan serangga. Orangutan aktif fi waktu siang dan tinggal di atas pokok. Ia didapati di hutan Dipterokap tanah pamah, bukit dan pergunungan.


Orang utan at Lok Kawi Wildlife Park


Sumber : Lok Kawi Wildlife Park