Wednesday, 7 January 2015

Kijang / Red Muntjac / Muntiacus Muntjak

Kijang boleh mencapai ketinggian aras bahunya lebih 50cm, ukuran panjang badan daripada 98-111cm dan berat badan sehingga 15-35kg. Ia terdapat di malaysia, Sri Lanka, India, Selatan China, Taiwan dan Indonesia. Kijang matang pada umur 6-12 bulan. purata jangka hayat adalah sekitar 14 tahun. Tempoh mengandung adalah sekitar 6 bulan di mana seekor sahaja anak dilahirkan. Terdapat barisan bintik-bintik putih di sebelah sisi yang akhirnya akan hilang. Penjagaan ibu berakhir pada umur 2-3 bulan. Makanan Kijang terdiri daripada herba, dedaun, buah-buahan dan biji-bijian. Kijang aktif pada waktu siang, biasanya bersendirian tetapi berpasangan, apabila musim mengawan. ia biasa dijumpai di hutan tinggi dan sekunder.

Sumber : Lok Kawi Wildlife Park

Gajah Asia / Elephas Maximus

Gajah Asia adalah mamalia daratan yang terbesar di Asia. ia boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 2-2.5m, dan berat sehingga 5,400kg. Selain di Malaysia, Gajah Asia juga didapati di negara-negara seperti Thailand, India, Sri Langka, Burma, Indonesia, China, Laos, Cambodia, Nepal, Bangladesh dan Vietnam. Terdapat di antara 38,000-51,000 Gajah Asia di dunia yang mana 16,000 adalah peliharaan. Gajah betina matang pada umur 9-15 tahun manakala gajah jantan akan matang pada umur 15 tahun. jangka hayat Gajah Asia adalah 70 tahun. Gajah Asia tertua dikenali sebagai "Lim Wang" mati ketika mencapai umur 86 tahun di zoo Taipei, Taiwan pada tahun 2003. Tempoh bunting seekor Gajah Asia adalah di antara 18-22 bulan dan anak Gajah yang baru lahir adalah seberat kira-kira 100kg. anak gajah biasanya diasuh oleh ibu selama 2-3 tahun. Selang masa di antara kelahiran anak adalah 3-5 tahun dan boleh melahirkan anak sehingga umur 50 tahun.



Gajah Asia memakan sehingga 10% daripada berat badanya. Gajah dewasa boleh makan di antara 170-200kg dan maximum 80-200 liter air sehari. Makanan Gajah Asia terdiri daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun , akar, kulit kayu dan buah-buahan. mereka juga memerlukan mineral yang terdapat pada mata air garam. Di habitat semulajadi , Gajah yang mempunyai pertalian akan membentuk kumpulan dengan bimbingan antara 10-30 ekor. 

Orang utan / Pongo pygmaeus

Orang utan merupakan primat yang terbesar di Asia dan hanya terdapat di Kepulauan Borneo dan Sumatra. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5m dan berat sehingga 80kg. Di Sabah, populasi dalam habitat semulajadinya diangggarkan sebanyak 13,000 ekor. Betina matang pada umur sekitar 8 tahun dan jantan sekitar 15 tahun. Purata jangka hayat adalah sekitar 35 tahun. Jangkamasa mengandung adalah di antara 8-9 bulan dan berat anak yang baru lahir adalah sekitar 1.5kg. Anak akan berada dibawah jagaan ibu sehingga berumur 5-6 tahun. jangkamasa antara kelahiran anak adalah sekitar 5 tahun dan seekor orang utan betina boleh melahirkan 3-4 ekor anak sepanjang hayatnya. Makanannya terdiri daripada tumbuhan seperti buah, daun, pucuk, epifit dan adakalanya apabila kekurangan makanan ia mungkin memakan kulit kayu dan serangga. Orangutan aktif fi waktu siang dan tinggal di atas pokok. Ia didapati di hutan Dipterokap tanah pamah, bukit dan pergunungan.


Orang utan at Lok Kawi Wildlife Park


Sumber : Lok Kawi Wildlife Park